Penyanyi yang juga seorang guru, Tasha Manshahar terkejut apabila didatangi pelajar darjah 1 yang bertanyakan mengenai hal peribadinya.

Tasha Manshahar menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video pelajar tersebut yang dengan segan silu bertanyakan adakah penyanyi itu sudah berpunya.

Tasha bagaimanapun dengan tenang melayan kerenah pelajarnya dan mengaanggp mereka masih kecil untuk bercakap soal cinta.

Ni salah satu contoh "nak tanya ke tak, kalau tak tanya rugi, kalau tanya berisiko tinggi, jadi perlu bisik dekat kawan lain dulu untuk dapatkan kepastian" _ "Kan cikgu dah ada exboyfriend" tu maksudnya "kan cikgu dah ada boyfriend" (I assume she didnt know what ex means). "Aaaa aaaa aaaa" means "you know what I mean" ? _ Jap, awak baru darjah 1 tau. #nasibbaikcomel #budakbaik

A post shared by نور ناديا نتشا محمد منشاهر (@tashamanshahar) on


Selain itu, menerusi entri terbaharunya, Tasha turut memuat naik video ketika dia sedang mengajar di sebuah kelas darjah 1.

Menurutnya agak mencabar mengajar pelajar darjah 1 daripada pelajar sekolah rendah yang lain kerana ia lebih memenatkan.

Tasha memberitahu bukan mudah mengajar mereka yang baru memasuki sekolah rendah tahun pertama dan dia berbangga dengan guru-guru yang berjaya melaluinya.

Walau bagaimanapun, dia akui sebagai guru pasti ada cabarannya dalam hendak mendidik tidak kira pelajar tahun berapa sekalipun.

Berikut merupakan luahannya di hari pertama persekolahan tahun 2018:

To be honest, this is my first time teaching Year 1 students. Sebelum ni, Y2 - Y5 je. Cabaran dia lain macam, I tell you! Kelas sejam je, penat dia macam baru habis merentas desa ? Harap azam teacher nak kurus sejak berabad lamanya membuahkan hasil tahun ni ? Not easyyyy mannn. Salute cikgu-cikgu yang dah biasa mengajar murid tahap 1 dan prasekolah! Ajar yang kecil ke yang besar ke, ada cabaran tersendiri. When it comes to "teaching" / "educating" regardless umur berapa pun, memang challenging! Kalau pegang kelas yang ada peperiksaan besar, lain pulak cabaran dia. _ I purposely recorded this video untuk tengok balik cara mengajar dalam kelas tahun 1 ni. First time kan, nervous sikit. Alang-alang boleh review tudung favourite sekali ? _ Jazakillah khair kak bell @cikmuda_isabella untuk tudung bawal senang bentuk bidang 60 ni. Kalau korang nak juga, boleh dapatkan dekat @cikmuda.isabella ?

A post shared by نور ناديا نتشا محمد منشاهر (@tashamanshahar) on


Foto/video : Instagram Tasha Manshahar