Penyanyi Siti Sarah kecewa apabila ramai netizen yang mengecamnya kerana cuba menipu warna kulit sebenarnya yang didakwa gelap dari apa yang disangka.

Siti Sarah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia tidak menyangka sekeping foto yang dimuat naik oleh suaminya, Shuib sebelum ini menjadi perhatian kerana kelihatan kulitnya gelap berbanding sebelum ini.

Sarah menjelaskan, foto itu diambil kerana kurang pantulan cahaya seperti selalu foto yang diambil dan dimuat naik ke IG.

Penyanyi itu mengakui kulitnya tidak secerah kulit ‘mat salleh’ namun dia beritahu kulitnya kini jauh beza lebih cerah dari kulitnya dahulu.

Sarah memberitahu kulitnya kini semakin cerah kerana dia mengamalkan produk seperti memakai losyen, sabun dan mengambil pil.

Sarah turut memuat naik wajahnya dahulu yang lebih gelap meskipun diambil di bawah pantulan cahaya untuk membezakannya.

Berikut merupakan luahannya:

"Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul2 tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yg kutuk sarah , katanya sebenarnya sarah hitam tapi edit gamba..

ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat2 yg bercahaya terang,mana adaa org nak ambil gamba bertentangan dengan cahaya.. itu yg nampak burn .. secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab org kata saya ..

tapi mungkin ramai yg tak tau shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yg die post di ig die.. banyak warna yg die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yg sama.. lagi pun mak shuib tu putih melepak tu pon nampak cam sun burn..

secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bendingkan dengan saya yg Dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memng ambil peroduk ...saya pakai LOTION, SABUN dan PIL utk kulit lebih cerah.. mungkin ramai yg marah sebab saya tak share saya makan n pakai produk apa

disini saya ada contoh gamba dulu yg berhadapan dengan lighting terang sampai nampak reflaksi cahaya di pipi sebab cahaya lampu... dan gamba baru .. tetap gamba lama nampak lebih gelap"


Foto: Instagram Siti Sarah
Teks oleh: Syafiqah Jalal