Pelakon Datin Eina Azman sememangnya dikenali dengan sifatnya yang gemar memasak.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 23, suka berkongsi resepi menu masakan di laman Instagram miliknya, @eina_azman.

Biarpun kini Eina dan keluarga sedang bercuti di Paris, wanita tinggi lampai itu tetap meneruskan aktiviti memasak dan menyediakan hidangan ala Malaysia untuk keluarganya.

Antara menu masakan yang disediakan oleh Eina ialah sambal sardin, nasi goreng ayam kunyit belacan, cekodok pisang, kuah rassam, ayam goreng kicap, kari ayam, pengat ubi keledek bersago dan nasi ayam.

Kerajinan pelakon drama bersiri Selamat Pengantin Madu itu mendapat perhatian pengikut laman Instagram yang memuji kegigihan Eina memasak untuk keluarga walaupun ketika sedang bercuti.

“@labeltrunx_luxegalore: Terbaiklah Datin. Boleh memasak walaupun tengah holiday.”

“@imfarahkhan: Sebab ni lah suami sayang sangat. Dahlah cantik, pandai masak pula tu. Patutlah suami sayang.”

“@_mszm_: Datin kalau pergi holiday, bawa barang-barang masak from home ya? Or buy from there? Rajin ya memasak. But for me, macam kekok nak memasak time holiday. Holiday means a break from house work. Hahaha. But tengok Datin masak time holiday macam fun gitu.”

“@dianhasmah: Rajinnya Datin ni masak.”

“@owhsaliha: You make cooking look simple. Phew.”


Sebelum tiba di Paris, Eina dan keluarga terlebih dahulu berkunjung ke Istanbul, Turki untuk bercuti.

Eina bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden Abdullah, 38, pada 31 Ogos 2014.

Mereka dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia 2 tahun.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Eina