Apa azam 2018 korang? Mungkin ada yang berazam nak bantu tambah pendapatan keluarga, nak kumpul lebih banyak duit simpanan, atau mungkin nak melancong ke luar negara. Apa kata korang sertai program lubuk duit ni!

Mungkin ada diantara korang yang dah pernah lakukan kerja sampingan seperti khidmat penghantaran penumpang atau barangan, mengambil tempahan kek dan biskut atau ada juga yang dah buka perniagaan sendiri macam Encik Mohd Nizam ni! Pertama sekali, kita mesti kena ada ilmu asas keusahawanan dan tahu saluran yang terbaik untuk pasarkan produk kita.

Cara paling mudah nak dapatkan ilmu menambah pendapatan secara digital adalah dengan menyertai kempen #YouCanDuit anjuran MDEC. Ala, program eUsahawan dan eRezeki tu. Melalui program eUsahawan, korang akan diajar cara mengembangkan perniagaan secara digital menggunakan media sosial dan saluran e-dagang. Bukan apa, sekarang ni banyak sangat dah kes penipuan atas talian kalau kita takda ilmu yang betul. Contohnya apa yang pernah terjadi dekat Encik Zamaluddin ni dulu. Syukur sekarang dah berjaya lepas sertai program eUsahawan!

“Tapi saya takda perniagaan sendiri...”

Tak perlu risau.. Korang boleh jana pendapatan tambahan dengan satu lagi program iaitu eRezeki. Pilih je mana-mana tugasan yang sesuai dengan kepakaran, kebolehan dan masa kita sendiri. Korang akan dibayar mengikut tugasan yang telah berjaya dilaksanakan. Contoh macam Encik Kama Rizal ni, walaupun ada pekerjaan tetap tetapi masih mengambil peluang untuk melakukan kerja sambilan dengan program eRezeki. Pendapatan tambahan yang diperoleh pula pernah mencecah sehingga RM3,000 tau!

Kepada adik-adik graduan universiti yang mungkin belum lagi diterima untuk bekerja di mana-mana syarikat. Korang pun tak terkecuali daripada menyertai kempen #YouCanDuit ni. Korang mesti lagi hebat guna ‘smartphone’ korang yang canggih tu kan. Klik sana, klik sini. Semua peluang ni berada di atas talian je!

Apa tunggu lagi? Sementara tunggu kempen #YouCanDuit untuk tahun 2018, apa kata korang check out dulu http://youcanduit.mdec.my/ untuk segala informasi terkini kempen #YouCanDuit sepanjang tahun 2017!