Aktres Lindsay Lohan dipatuk ular semalam yang ketika ini sedang bercuti di Thailand.

Lindsay menerusi IG-Story peribadinya memberitahu dia dipatuk ular ketika sedang mendaki sebuah gunung di sana.

Pelakon itu bagaimanapun memberitahu dia berada di dalam keadaan yang baik dan tiada kecederaan serius.

Menerusi video IG-Story tersebut, Lindsay sempat menunjukkan kesan kakinya yang dipatuk ular.

Selain itu, Lindsay yang ketika itu sedang berada di sebuah villa di Thailand sempat mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada peminatnya.

Lindsay difahamkan bakal menyambut tahun baharu di negara tersebut.