Sempena sambutan Hari Natal pada 25 Disember lalu, isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander, Jezamine Lim sempat berkongsi ucapan dan memuat naik sekeping foto bersebelahan pokok krismas.

Biarpun tidak dipastikan situasi sebenar gambar terbabit, Jezamine dalam ucapannya menyebut ada menyediakan juadah khas sempena perayaan itu.

"Saya telah menyediakan ayam dan kambing panggang. Selamat Hari Natal daripada kami," tulisnya dalam kapsyen foto berdua bersama Harith.

Made roasted chicken, stuffed chicken and lamb.. Been smelling like my kitchen the whole day ?...Merry Xmas from Us ?

A post shared by Dr Jezamine Lim Iskander (@drjezaminelim) on


Bagaimanapun, ucapan itu telah mengundang perbalahan netizen yang menganggap tindakan Jazemine tidak mencirikan keperibadian seorang mualaf.

"Apa agama kamu," tanya salah seorang pengguna.



Perbalahan terus hangat dengan hingga ada yang membandingkan tindakan Jezamine dengan selebriti ternama Hollywood, Lindsay Lohan.

"Sebagai seorang mualaf, anda perlu bertindak seperti seorang mualaf. Lihat Lindsay Lohan sebagai contoh," tulis salah seorang netizen.

Tidak semua yang membangkang tindakan Jezamine menulis ucapan Hari Natal, ada juga sesetengah netizen yang berpendapat perayaan itu budaya keluarga Jezamine dan tidak sepatutnya mencampuradukkan dengan agama.






Jezamine kemudiannya mengulang siar (repost) kenyataan daripada Mufti Menk tentang sambutan Hari Natal bagi umat Islam.

Jezamine yang berdarah kacukan Cina dan India itu telah memeluk Islam pada tahun 2010 sebelum berkahwin dengan Harith pada 12 Jun tahun sama.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @drjezaminelim