Memukau! Itu merupakan perkataan pertama yang sesuai untuk menggambarkan showcase penyanyi Imran Ajmain yang berlangsung di No Black Tie, Jalan Mesui, Kuala Lumpur malam tadi.

Persembahan Imran mengubati kerinduan peminat setianya selepas lebih dua tahun tidak mengadakan showcase.

Bahkan, ada peminat dari Alor Star, Kedah dan Singapura sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk memuaskan santapan halwa telinga menghadam alunan vokal gemersik milik Imran.



Memulakan persembahan dengan menyampaikan lagu Sudah Tu Sudah, peminat dihiburkan dengan seleksi lagu popular Imran.

Lagu-lagu seperti Menimbang Rasa, Selamat Ulang Tahun Sayang dan Jika Engkau Pergi mengimbau perjalanan Imran dalam arena muzik.

Imran juga sempat menyampaikan lagu duet terbarunya bersama Najwa Mahiaddin, Sentiasa Merinding dan jejaka itu turut menyanyikan single terbarunya, Intan dan Perak secara eksklusif kepada peminat.

Lagu Intan dan Perak yang mendapat respon positif peminat yang pertama kali mendengarkannya di showcase tersebut dijangka bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Persembahan itu turut diserikan dengan penampilan khas Datuk Fazley Yaakob yang menyampaikan lagu Beautiful Maria dan Inikah Cinta bersama bakat baru, Iklil Jannah.

Selain itu, Imran turut menyampaikan rangkaian lagu cover pilihannya seperti Atas Nama Cinta, Ku Akui, Kesetiaan, Overjoyed, Mantan Terindah dan Mulanya di Sini.



Menutup persembahan, Imran mengalunkan lagu keramatnya, Seribu Tahun dalam dua versi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan showcase Imran di No Black Tie, penyanyi itu bakal mengadakan sebuah lagi showcase pada awal tahun hadapan.

Ikuti perkembangan Imran di laman sosial Instagram dan Twitter miliknya, @imranajmain.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Last night, I did a sold out show at No Black Tie (KL) after over 2 years thanks to my @ss_creatives team and the band: @muhammadabdulkarim @goree_ajay @faliqauri @nettwashere @faizamierulasif. Terima kasih semua. Much thanks to all who came for the show especially those who came from far distances. Appreciate it much. I’m over the moon over the success of our show!!!!!! Thanks everyone!!!!!! - ?: @theshahrulizzat // @sukasucrestudio

A post shared by Imran Ajmain (@imranajmain) on