Anggota kumpulan terkenal Big Bang iaitu G-Dragon dan Taeyang bakal menunaikan tanggungjawab menjalani khidmat latihan ketenteraan selama dua tahun.

Menurut laporan Soompi, kedua-dua penyanyi popular itu bakal memulakan latihan ketenteraan pada awal tahun 2018.

YG Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu G-Dragon dan Taeyang tidak boleh menangguhkan lagi latihan itu dan perlu mendaftarkan diri pada 2018.

Namun sehingga kini, pihak pengurusan mereka masih belum mendapat pengesahan tarikh sebenar untuk mereka juga menjalani latihan ketenteraan.

Sementara itu, dua lagi anggota Big Bang, Daesung, 28 dan Seungri, 27, masih boleh menangguhkan latihan mereka namun mereka dilaporkan akan menyertainya tidak lama lagi.

Perkara itu dilakukan bagi membolehkan mereka menyelesaikan latihan pada tempoh sama dan kembali aktif dalam bidang seni semula.

Sumber:Soompi