Ibu kepada pelakon Vanidah Imran, Hajah Shariffah Bee Abdul Majid meninggal dunia petang semalam di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita tersebut dikongsikan Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee di laman sosial Facebook (FB)nya, Vee Imran, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Vee memberitahu jenazah Allahyarhamah ibunya telah dimandikan di hospital dan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Maluri pukul 10 malam.

Jenazah disembahyangkan pukul 8 pagi tadi di Masjid As-Shafie, Taman Maluri, Cheras sebelum dikebumikan pukul 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Taman Melawati, Ulu Klang.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata teman rapat aktres tersebut mengucapkan takziah dan mendoakan Vee tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.



Kepada Vee, takziah dari Astro Gempak.