Hos Awal Ashaari mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada program Melodi selepas enam tahun bergelar pengacara program hiburan popular itu.

Awal mengumumkan perkara tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya hari ini.

Awal berkata, sudah tiba masanya dia keluar daripada zon selesanya selepas enam tahun bersama Melodi.

"Saya ingin berkongsi yang saya dengan ini mengundur diri daripada program Melodi setelah hampir enam tahun mengendalikan program ini.

"Saya mula sedar bahawa saya perlu keluar daripada zon selesa saya dan enam tahun adalah masa cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program.

“Buat peminat setia Melodi saya memohon maaf sekiranya ada tersalah terkasar bahasa sepanjang kita bersiaran," tulisnya.

Sementara itu pengacara bersama Awal, AG turut mengumumkan bahawa dia juga meninggalkan program itu setelah tiga tahun bergelar hos.

Pengumuman mengejut itu dibuat mereka pada penghujung segmen program itu yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad.

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi dan berdiri diatas bakat sendiri” @meloditv3 ?

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on