Gelagat seekor anjing jenis Shiba Inu mencuri perhatian netizen apabila aksinya sedang mendodoikan bayi sehingga tertidur menjadi tular di media sosial.

Anjing yang diberi nama Chiko ini juga pernah tular apabila aksinya yang gemar menonton televisyen menarik perhatian ramai.

Kini, gelagat Chiko sekali lagi menjadi perhatian apabila haiwan peliharaan ini mendodoikan buaian anak tuannya sehingga bayi itu tertidur.

Chiko dianggap sebagai anjing pintar dan terkenal dengan keletah seakan ‘manusia’.

Disebabkan itu, gelagat Chiko sering dirakam tuannya Olesia Kuzmychova, seorang warga Ukraine yang menetap di Hong Kong.

Aksi anjing pintar ini kemudian dimuat naik Olesia di akaun Instagram Chiko.

Menurut Olesia, anaknya yang baru berusia lapan hari itu dijaga rapi oleh Chiko.

Chiko juga tidak boleh berenggang dengan anaknya dan mereka berdua seolah-olah mempunyai ikatan yang istimewa.

Chiko sebelum ini mendapat perhatian kerana asyik menonton Netflix selama berjam-jam. Chiko juga pandai mengambil air dari peti sejuk selain melukis.

Olesia berkata Chiko tidak pernah dilatih menonton televisyen tetapi mendapat ‘perangai’ itu daripada hobinya yang suka memeluk Chiko sambil menonton cerita kegemaran di tv.

Sumber: Astro Awani