Anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengakui telah bercerai dengan suaminya Mohd Firdaus Hajar.

Menurut Mimi, mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas tidak mempunyai persefahaman diantara satu sama lain.

"Kami sudah berpisah. Beru lagi dalam bulan ini. Pada awalnya saya berhasrat untuk menjelaskan semuanya pada awal tahun depan, tetapi apabila ramai yang sudah menghidu, lebih baik saya leraikan persoalan itu.

"Saya anggap jodoh kami berdua hanya setakat itu. Kami sudah tidak mampu lagi tempuhi hidup bersama.

"Barangkali silap saya juga hingga bekas suami sukar menguruskan saya yang banyak kerenah ini.

"Kami berpisah secara baik dan masih lagi berkawan. Selepas berpisah, saya kerap sibukkan diri dengan kerja.

"Saya gembira dengan kehidupan hari ini dan bebas mencorakkan jalan hidup sendiri," katanya.

Mimi dan Mohd Firdaus sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2015.

Sumber: Berita Harian