Foto-foto peminat SHINee di Malaysia yang berkumpul di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek, Kuala Lumpur untuk upacara memperingati Jonghyun menarik perhatian netizen.

Dianggarkan lebih 100 peminat hadir malam tadi untuk memperingati vokalis utama SHINee, Jonghyun yang mati pada tanggal 18 Disember lalu.

Peminat yang terdiri daripada pelbagai bangsa itu hadir dengan membawa beberapa barangan peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara itu berlangsung.

Sambil menyalakan lilin dan memegang belon, peminat kebanyakannya menitiskan air mata kerana terpaksa ‘melepaskan’ Jonghyun pergi buat selama-lamanya.

[[BACA: FOTO-FOTO ANGGOTA KUMPULAN SHINee MENANGIS DI UPACARA PERSEMADIAN JONGHYUN UNDANG SEBAK NETIZEN]]

Bagaimanapun, foto peminat berhijab yang menghadiri upacara tersebut menerima reaksi negatif netizen.

Rata-ratanya menyatakan rasa terkejut dengan tindakan mereka yang dianggap melanggar batas sebagai seorang muslim.





Malah ada juga sebahagian peminat K-Pop di Malaysia tidak bersetuju dengan perbuatan ditunjukkan oleh peminat bertudung yang hadir ke upacara tersebut







Terdahulu, Jonghyun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen servis di Seoul kira-kira jam 6.10 petang pada 18 Disember lalu.

Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya.

Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bunuh diri.

[[BACA: “SEGALANYA TERLALU SUKAR, TOLONG BENARKAN SAYA PERGI” – MESEJ TERAKHIR JONGHYUN SHINee SEBELUM BUNUH DIRI]]

Selain itu, Jonghyun juga menghidap penyakit ‘Seasonal Affective Disoder (SAD) atau dikenali sebagai sindrom gangguan musim.

Gejala SAD akan muncul pada musim-musim tertentu misalnya musim sejuk atau musim luruh.

Pengakuan mengenai penyakit ini didedahkan oleh Jonghyun sewaktu menjadi tetamu dalam program radio bertajuk 'Blue night radio' sebelum ini.

Sumber/ Foto: Malaysiakini