Air Ketuban Bocor Di Minggu Ke-27 Kehamilan, Isteri Lan Solo Masuk Hospital

Hiburan
Air Ketuban Bocor Di Minggu Ke-27 Kehamilan, Isteri Lan Solo Masuk Hospital
Isteri kepada bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Lan Solo, Nur Sheila Hassim dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban.
 
Sheila ditahan di wad Pusat Perubatan Rampai Puteri sejak Isnin.
 
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Lan memohon supaya peminat mendoakan kesejahteraan isteri dan juga bayi di dalam kandungan.
 

Dalam pada itu, isterinya juga telah memuat naik foto yang merakamkan dirinya sedang terlantar di katil hospital beserta ‘drip’ di bahagian tangannya sebentar tadi.
 
“Day 3. Baby kata nak holiday kat sini. Mommy ikut je. Janji awak keluar on time. Bukan 27 weeks nie. huhu. Mommy selesa kat sini sebab semua staff kat sini best-best. Boleh manja-manja lebih! haha. Rindu pulak kat 3Q kat umah nun. Hmm,” tulisnya.
 
Sementara itu, rata-rata pengikut IG mereka mendoakan isteri dan anak keempat mereka dalam keadaan sihat dan berharap semuanya dipermudahkan
 
Lan dan Sheila, 32 telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Foto: Instagram @lansolo_official

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan