Chef Muda Perkenal Ramen, Pasta Halal

20 Disember 2017. 2.46 PM
5,581
Gaya Hidup
Chef Muda Perkenal Ramen, Pasta Halal
Berani tampil dengan kelainan, chef muda lliana Zakaria telah menghasilkan makanan berasal dari Jepun, Ramen dan pasta yang merupakan hidangan ruji dari Itali di restorannya, MADE by Ily (MADE).

Dua selera itu digabungkan dalam satu senarai menu istimewa hasil daripada resipinya sendiri.

Selain gabungan resepi, Chef dan juga pemilik MADE yang baru berusia 26 tahun itu memberitahu keistimewaan Ramen di restorannya juga adalah diproses secara halal dan diilhamkan mengikut selera tempatan yang boleh dinikmati oleh sesiapa saja.

“Meskipun saya tahu Ramen adalah kepakaran saya, saya jugak tidak ketinggalan menyediakan juadah dari Itali yang mengenyangkan iaitu pasta seperti Carbonara, Aglio Olio dan kegemaran ramai, Bolognese.

“Kerana saya mahu menu yang ada di MADE menepati citarasa ramai, mengenyangkan dan dikenali oleh sesiapa saja,” katanya kepada Astro Gempak.

MADE yang baru sahaja dibuka Disember ini, turut diusahakan bersama rakannya Chef Yavhin Siri.


Selain menyajkan hidangan oriental mahupun Barat, MADE juga menyediakan minuman kopi bagi sesiapa yang mahu menghabiskan masa lebih
lama di restoran berkenaan.
 
Tidak hanya terikat dengan seleksi menunya, lukisan mural di dinding yang menunjukkan figura seorang wanita Jepun lengkap dengan kimono serba merah merupakan antara daya penariknya.

Chef Iliana telah mendapat kelayakan dalam Sarjana Muda dalam Seni Kulinari dan Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan pernah menjalani latihan di beberapa restoran terkemuka di ibu kota.

Terletak di Taman Tun Dr Ismail, MADE dibuka dari hari Selasa hingga Ahad.

 
Teks oleh: Syafiqah Jalal



Artikel Berkaitan