Kumpulan UNIC akui cemas saat ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan dari Hatay ke Istanbul baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman tersebut, Fakhrul akui tidak dapat menggambarkan perasaannya yang agak ketakutan dan hanya membayangkan wajah ahli keluarganya sahaja.
"Sebenarnya kami ditahan selepas selesai menghantar bantuan di Hatay dan ketika perjalanan balik untuk ke Istanbul kami ditahan polis di sana.

"Kami ditahan selepas mereka curiga dengan 'stabilizer' yang kami bawa dan kebetulan kami begerak secara berkumpulan.

"Pelbagai soalan diajukan kami selain diperiksa secara terperinci oleh pihak polis. Terus-terang saya katakan memang rasa 'cuak' dan hanya terbayang wajah ahli keluarga sahaja.
"Tetapi mujurlah tiada benda buruk yang berlaku. Alhamdulillah, selepas diperiksa selama 5 jam, kami dilepaskan," katanya kepada Astro Gempak.

[[BACA: DISYAKI MASUK SYRIA SECARA HARAM, INIC KINI DITAHAN]]

Sementara itu, Bazli UNIC memberitahu mereka dilayan dengan agak kasar ketika ditahan oleh pihak berkuasa di sana.

"Ketika ditahan, seperti biasa kami diperiksa dan dliayan kasar oleh mereka tapi saya tidak hairan kerana itu memang budaya di sana.

"Bagaimanapun kami tidak di apa-apakan, cuma itu adalah prosedur biasa untuk mereka membuat pemeriksaan dan menyiasat dengan pelbagai soalan," katanya.

Rombongan misi bantuan Muslim Care dan UNIC selamat pulang ke tanah air dua hari selepas kejadian.
Menurut seorang lagi ahli UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh pula setibanya di Malaysia dia diberitahu seluruh ahli keluarganya bersedih sehingga tidak dapat tidur kerana bimbang dengan keadaannya.

"Ahli keluarga kami yang dapat tahu kami ditahan di sana, semua berasa bimbang dan bersedih.

"Sehinggakan ibu saya tidak dapat tidur malam kerana fikirkan tentang saya.

"Tapi apa-apa pun kami bersyukur kerana semuanya selamat," katanya.

Mengenai perkembangan lain, UNIC bakal mengadakan UNIC Got Starz pada 30 Disember jam 2 petang di Masjid Puncak Alam, Bandar Puncak Alam
Teks oleh: Syafiqah Jalal