“Segalanya Terlalu Sukar, Tolong Benarkan Saya Pergi”- Mesej Terakhir Jonghyun SHINee Sebelum Bunuh Diri

19 Disember 2017. 12.52 PM
28,366
Hiburan
“Segalanya Terlalu Sukar, Tolong Benarkan Saya Pergi”- Mesej Terakhir Jonghyun SHINee Sebelum Bunuh Diri
Kakak kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adik kesayangannya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
 
Menurut pihak polis, Kim So Dam telah menerima nota bunuh diri daripada Jonghyun sebelum dia membuat panggilan mengenai perkara itu.
 
“Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,” – mesej terakhir Jonghyun.
 
Kim So Dam telah membuat panggilan kepada pihak polis kira-kira jam 4:42 petang.
 
“Adik saya telah menghantar nota bunuh diri,” katanya ringkas.
 
Terdahulu, penyanyi berusia 27 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen servis di Seoul kira-kira jam 6.10 petang semalam (18 Disember) selepas laporan dibuat.
 
Difahamkan Jonghyun telah mendaftar masuk ke apartmen tersebut untuk dua malam.
 
Jonghyun atau nama sebenarnya Kim Jong Hyun dilaporkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.
 
Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya
 
 Sumber: Koreaboo / Allkpop
 

Artikel Berkaitan