Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum enam Bintang GegarVaganza 4 (GV 4) bertarung untuk merebut gelaran juara.

Enam bintang yang dimaksudkan ialah Hazami, Aishah, Tia Jinbara, Lan, Firman Siagian dan Liza Hanim.

Konsert separuh akhir menyaksikan Hazami menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 70.55%.

Dalam pada itu, menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi, hos GV 4, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan penyingkiran Syura di konsert tersebut.

Bertemakan ‘Solo & battle’, enam bintang GV 4 bakal berentap dengan menyampaikan dua buah lagu tugasan.

Bagaimanapun pasangan untuk pusingan ‘battle’ tidak didedahkan sehingga hari konsert.

Konsert akhir ini dijangka memberikan saingan sengit dengan lontaran vokal dan persembahan hebat daripada enam bintang berkenaan.

Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk konsert akhir GV 4:

Lagu solo:

1.Hazami - Bahagiamu Deritaku

2.Aishah - All by Myself

3.Firman Siagian - Drama King

4.Liza Hanim - Meniti Titian Usang

5.Tia Jinbara - Romancinta

6.Lan Solo - Smells Like Teen Spirit


Lagu ‘Battle’

1.#Supergirls - Aishah vs ?

2.Amboi - Hazami vs ?

3.Tepi Sikit - Firman vs ?

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor hari ini (Ahad), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my