Pelawak dan penyampai radio, Ammar kini bergelar bapa selepas menyambut kelahiran anak sulungnya semalam.

Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan, 29, menyampaikan berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya, @armadaammar.

“Assalamualaikum semua. Thank you uncle aunty yang doakan saya and mummy saya. Semoga hidup uncle aunty dipenuhi dengan keberkatan. #babyAA 14.12.2017, 10:17pm,” tulis Ammar.

Isteri Ammar, Amalina Jamil selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 10.17 malam semalam.

Ammar mendirikan rumah tangga dengan Amalina pada 1 April yang lalu di Dengkil, Selangor.

Ammar yang mula dikenali menerusi program Bintang Mencari Bintang kini bertugas sebagai penyampai Hot FM menerusi segmen Jam Hot, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 sehingga 8 malam.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ammar

InsyaAllah dalam masa terdekat saya dan isteri nak jadi abi and mummy. InsyaAllah mengikut doktor dapat anak perempuan. Apa yang kami harapkan adalah satu hari nanti anak perempuan kami akan berjaya. Ibu bapa mana yang kat dunia ni yang tak happy bila tengok anak anak diorang berjaya. Tapi kalau nak sampai ke tahap itu, mestilah bermula daripada kita, ibu bapa siapa lagi. Yang paling penting kami akan sediakan didikan yang sempurna, pastu kami akan cuba pastikan baby girl tu akan membesar dalam persekitaran yang sihat supaya tumbesaran dia sentiasa positif. Haaa dan yang paling penting kami dah plan untuk sediakan simpanan untuk pendidikan anak kami melalui simpanan pendidikan SSPNi dan SSPNi Plus. Mungkin bila kami dah menyimpan awal awal ni mana tau nanti dia takkan ada masalah untuk dia belajar kat luar negara. Hahaha. Lagi pon tak rugi menyimpan pun gais! Dan kalau korang nak tau kita dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga 12 ribu ringgit tau. Sangat menjimatkan, boleh simpan lebih dan pendidikan anak-anak lebih terjamin. #UntukmuAnak

A post shared by ᴀᴍᴍᴀʀ (@armadaammar) on

Assalamualaikum semua. Thank you uncle aunty yang doakan saya and mummy saya. Semoga hidup uncle aunty dipenuhi dengan keberkatan. #babyAA 14.12.2017 10:17pm

A post shared by ᴀᴍᴍᴀʀ (@armadaammar) on

You smell so nice sayang ❤ #bausyurga #babyAA

A post shared by ᴀᴍᴍᴀʀ (@armadaammar) on