Pelakon drama Syurga Yang Kedua, Siti Elizad memberitahu, masih belum ada rezeki untuknya mempunyai zuriat.

Elizad ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia menyerahkan segalanya kepada aturan tuhan.

Menurut Elizad, walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman namun dia sudah lali apabila kerap diajukan soalan mengenai cahaya mata

“Saya tidak terasa kerana hubungan saya dengan anak-anak tiri rapat. Masing-masing berusia 14 dan 11 tahun dan kami semua dah macam sahabat.

“Bagi saya senang sahaja, kalau Allah bagi rezeki maka adalah. Bukan kita tak cuba.

“Mereka yang kata saya tak mahu anak sebab terlalu sibuk dengan kerjaya itu salah. Hakikatnya mereka sendiri tidak tahu usaha kita.

“Kalau ada saya gembira, kalau belum kita ‘rilex’ sahaja. Buat apa nak beri tekanan pada diri? Semuanya bergantung pada rezeki,” katanya.

Elizad ditemui selepas majlis pelancaran drama adaptasi sinetron Indonesia, Syurga Yang Kedua baru-baru ini.

[[BACA: "MANA ADA MASALAH, HUBUNGAN SAYA & SUAMI OKAY," - SITI ELIZAD]]

Selain Elizad, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.

Syurga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.

Foto: Instagram @elizadsharifuddin

Teks oleh: Mya Amri