Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah malam tadi mengumumkan nama anak sulung mereka ialah Harum Dalia.

Malah, Instagram khusus yang telah dicipta seawal tempoh kehamilan Ezzaty dan telah mengumpul lebih 13,000 pengikut juga kini telah ditukar nama kepada @harum.dalia.

Azwan memuat naik sijil kelahiran yang tertera nama anak sulungnya itu untuk menggantikan kemas kini asal gambar wajah Harum Dalia.

"Saya terpaksa menukarkan gambar wajah Harum Dalia ekoran nasihat daripada keluarga kami.

"Tetapi saya menggantikan ia dengan sijil kelahiran bayi sulung kami.

"Sebenarnya kami sangat teruja untuk berkongsi kegembiraan yang kami kecapi kepada semua. Itu sahaja," tulis Azwan.

Pengumuman nama anak Azwan itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya menyifatkan nama Harum Dalia itu unik.

"Harum, bunyinya seakan-akan nama Korea. Cantik" puji @ikncblnk.

"Sebab Harum dalam pantang lagi. Cantik harum... Namanya pun unik," tulis @afiqahrayyanataullah.

"Sentiasa wangi bak Dahlia nanti. Be a solehah daughter to your parents baby," tulis @mommyrusha.



Harum Dalia dilahirkan pada 6 Disember lalu di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @azwankombos