Hubungan cinta pelakon Halle Berry, 51, dan teman lelakinya, Alex Da Kid yang juga seorang pemuzik dilaporkan sudah berakhir selepas tiga bulan bersama.

Menurut Us Weekly, hubungan mereka putus selepas Alex didakwa menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Menguatkan lagi spekulasi itu, sekeping foto tersebar di internet menunjukkan keintiman Alex bersama seorang wanita dipercayai kekasih barunya.

Mereka dikatakan keluar bersama untuk menikmati makan malam di sebuah retoran di Catch LA, pada 9 Disember lalu.

Halle sebelum ini, dilihat membuat pengumuman mengenai hubungannya dengan Alex di Instagram pada September lalu.

Menerusi entri tersebut, Halle memuat naik foto hitam putih beserta kapsyen, 'my balance'.

Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada Alex mahupun Halle mengenai gosip hubungan cinta mereka.

Terdahulu, Halle pernah tiga kali mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki.