Penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting nafi sedang mabuk kerana pengaruh alkohol ketika membuat persembahan dengan Raffi Ahmad baru-baru ini.

Ayu Ting Ting menjelaskan dia hanya bergurau ketika menyanyi bersama live band di sebuah kafe di Indonesia baru-baru ini.

"Itu hanya acara tertutup yang diadakan bersama teman-teman, tak tahu pula bagaimana aksi saya dirakam itu boleh tersebar.

"Kami hanya bergurau senda sahaja, tak lebih dari itu.

"Saya tidak mabuk," katanya.

Menerusi video yang tersebar itu, Ayu dan Raffi dilihat sedang menyanyikan lagu Pupus dari kumpulan Dewa 19 di sebuah kafe.

Sumber: Detik Hot