Finalis GegarVaganza 4 (GV 4), Lan secara rasminya mengumumkan akan mengekalkan nama pentas sebagai ‘Lan Solo’.

Menurut Lan, dia akan menggunakan nama tersebut sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Lan memberitahu berita itu menerusi akaun Instagramya selepas berjaya memasuki peringkat akhir GV 4 baru-baru ini.

“Ini antara perkara yang saya ingin kongsikan dengan semua apabila saya dapat ke final GV 4.

“Dengan rasminya saya akan kekalkan nama pentas saya, ‘Lan Solo’.

“Bukan hanya di GV sahaja, saya akan terus menggunakan nama pentas ini sepanjang penglibatan saya dalam industri muzik bermula hari ini.

“Doakan perjalan solo saya maju ya, InshaAllah, amin,” tulisnya.

Posting tersebut mendapat reaksi positif peminat dan rata-ratanya mengucapkan selamat maju jaya kepada Lan.

Terdahulu, nama ‘Lan Solo’ merupakan idea hos GV 4, Nabil Ahmad kepada penyanyi itu selepas membuat keputusan untuk undur diri daripada kumpulan Kristal pada 27 November lalu.

[[BACA: “DENGAN RASMINYA SAYA MOHON UNDIR DIRI DARI KRISTAL” - LAN]]

[[BACA: INI FINALIS & MARKAH PENUH KONSERT SEPARUH AKHIR GEGARVAGANZA 4!]]

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Foto: Instagram @lansolo_official

Teks oleh: Mya Amri