Pengikut laman sosial Facebook bintang Gegar Vaganza (GV) 4, Aishah, meminta penyanyi kesayangan mereka tidak melayan pengguna laman sosial menggunakan nama samaran ‘Ustazah Hamidah’.

Aishah pada pukul 10.17 malam tadi (Selasa) telah meluahkan rasa kesalnya dengan memuat naik paparan skrin kata-kata kesat dilemparkan ‘Ustazah Hamidah’ terhadapnya.

Menerusi entri tersebut Aishah memohon ‘Ustazah Hamidah’ diberikan hidayah oleh Allah.



Bagaimanapun pada ruangan komen, pengikut meminta Aishah supaya tidak menghiraukan ‘Ustazah Hamidah’ dan menyuruh finalis GV 4 itu fokus pada persembahan akhirnya.

Mereka turut mengagak ‘Ustazah Hamidah’ hanya mengggunakan nama samaran palsu semata-mata untuk melemparkan kecaman terhadap Aishah.

@Syukri Nor: Itu fake profile Kak Chah..dia berselindung di sebalik profile Ustazah Hamidah dan mengutuk org ikut sedap kepala bapak dia..

@Ida Dadidu Peduli kan dia kak...teruskan perjuangan dalam GV 4


Dalam pada itu Aishah turut memuat naik paparan skrin komennya kepada ‘Ustazah Hamidah’ yang mencabar wanita tersebut bersemuka.

Aishah turut memberitahu dia tidak akan mengampunkan setiap kata-kata yang dilemparkan ‘Ustazah Hamidah’ terhadapnya.



Aishah bakal bersaing merebut gelaran juara bersama lima lagi bintang GV 4 iaitu Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian pada konsert akhir GV4 yang bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad ini (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.