Pelakon terkenal dengan watak Geum Jan Di menerusi drama bersiri ‘Boys Over Flower’, Ku Hye Sun mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya YG Entertainment.

Keputusan itu dilakukan selepas menjadi artis bawah pengurusan syarikat tersebut selama 14 tahun.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh YG Entertainment dalam satu kenyataan rasmi semalam.

“Kami telah membuat keputusan untuk melepaskan Ku Hye Sun dengan menghormati segala kata putus yang dilakukan olehnya.

“Selama 14 tahun berada di bawah naungan YG, dia merupakan seorang yang sangat istimewa dan berdedikasi.

“Kami berharap Ku Hye Sun sentiasa berada dalam keadaan gembira dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

“Kami di YG Entertainment akan sentiasa menyokong segala kerjaya seni yang dilakukan olehnya selepas ini,” ujar wakil tersebut.

YG Entertainment agensi yang telah menghasilkan kumpulan K-Pop terkenal iaitu BIGBANG, 2NE1, WINNER, iKON dan juga BLACKPINK.

Sumber: Allkpop