Hubungan cinta bekas anggota kumpulan EXO, Luhan tidak mendapat restu daripada ibu kekasihnya, Guan Xiaotong.

Menurut laporan media China baru-baru ini, ibu kekasihnya itu tidak membenarkan anaknya mengahwini Luhan kerana tidak memenuhi kriteria menantu pilihan yang ditetapkan.

Laporan tersebut memberitahu ibu Xiaotong sebelum ini telah meletakkan beberapa syarat kepada anaknya itu sekiranya ingin mencari calon suami.

Syarat-syarat yang dimaksudkan adalah lelaki itu seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab.

Syarat kedua, calon menantunya seharusnya tidak membuat sebarang pembedahan plastik dan yang ketiga lelaki itu haruslah kelihatan maskulin.

Difahamkan Luhan tidak memenuhi kriteria kedua dan ketiga walaupun tidak ada sebarang kenyataan rasmi atau bukti penyanyi itu pernah melakukan pembedahan plastik.

Antara salah satu lagi sebab adalah kerana ibunya mahu Xiaotong berkahwin sekurang-kurangnya pada umur 28 tahun dengan lelaki yang lebih tua dari usia anaknya.

BACA: DEDAH HUBUNGAN CINTA, INI WAJAH KEKASIH LUHAN

Dengan usia aktres itu yang baru mencecah 20 tahun, netizen percaya perkahwinannya bersama Luhan tidak akan berlaku.

Terdahulu, dakwaan pasangan ini akan berkahwin timbul selepas foto Luhan sedang memilih sebentuk cincin tersebar Oktober lalu.

Pasangan ini juga sekali lagi menjadi bualan apabila Xiaotong dikatakan sedang hamil pada awal November lalu.

Sumber: Allkpop