Bekas bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Syura akui tidak menyangka gejala kebas sebelah badan, muntah dan sering hilang suara merupakan tanda-tanda dia mengalami penyakit misteri.

Menurut Syura, selepas ditegur oleh pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah barulah dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

“Saya memang perasan dalam beberapa minggu ini suara saya pasti hilang setiap kali waktu pagi.

“Kadang-kadang saya juga alami 'migraine' dan secara tiba-tiba kebas sebelah badan.

“Mula-mula tak ambil peduli sebab saya sangkakan itu salah satu tanda-tanda penat berlebihan.

"Tetapi bila ditegur oleh Datuk Fadzilah Kamsah selepas terserempak beberapa minggu lalu membuatkan saya kembali terfikir.

“Datuk ada bertanyakan sama ada saya mengalami mimpi buruk atau rasa pelik, selain itu dia juga memberitahu rasa seram melihat saya.

“Sebenarnya sebelum ditegur datuk, kawan-kawan rapat saya juga ada berkata benda yang sama, mereka akui seram melihat wajah saya sampai takut nak tegur,” katanya

Syura ditemui selepas konsert separuh akhir GV 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Dalam pada itu, Syura mendedahkan dia mula terkena penyakit misteri itu sewaktu merakamkan lagu di Indonesia sekitar September lalu.

“Berat saya turun sebanyak 12 kg selepas terkena penyakit itu walaupun saya makan seperti biasa.

“Memang sebelum ini saya berhasrat untuk pergi berubat namun disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan GV 4, saya tangguhkan niat itu.

“Jadi selepas ini saya akan teruskan perancangan saya untuk bertemu pakar dan berubat,” jelasnya.

Syura merupakan bintang keenam yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 58.10%.

BACA: INI FINALIS & MARKAH PENUH KONSERT SEPARUH AKHIR GEGARVAGANZA 4!

BACA: ‘RECAP’ KOMEN JURI & PERSEMBAHAN MALAM KONSERT SEPARUH AKHIR

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Mya Amri