Menjaga kebersihan merupakan amalan terpenting dalam kehidupan seharian untuk keselesaan disamping menjaga kesihatan diri.

Islam turut menggalakkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.

Pentingnya kebersihan dalam Islam sehingga Rasulullah S.A.W bersabda, “kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Namun, tahukah anda yang bercukur itu juga merupakan sebahagian daripada kebersihan yang dituntut?

Perkara ini berdasarkan hadis daripada Anas R.A yang mengatakan bahawa:

"Rasulullah SAW menentukan batas waktu bagi kita untuk mencukur misai, memotong kuku, mencabut atau mencukur bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan. Mereka tidak boleh dibiarkan tumbuh lebih dari 40 hari."

Begitulah pentingnya bercukur di dalam agama kita sendiri yang amat mementingkan kebersihan dalam amalan sehariannya.

Bagaimanapun, ada cara yang betul untuk bercukur yang selalunya dipandang ringan oleh sesetengah daripada kita:

1. Gunakan Alat Pencukur yang Tepat

Pilih pencukur rambut yang bersih dan tajam. Pencukur yang tumpul boleh membuatkan kulit melecet dan dijangkiti bakteria. Sebaik-baiknya gunakan pencukur yang memiliki dua mata pisau dengan gerakan fleksibel.



Untuk kaum wanita, apa kata mencuba pencukur Gillette Venus ComfortGlide White Tea yang dilengkapi dengan tiga mata pisau untuk hasil terbaik dan lebih licin.


2. Bercukur Selepas Mandi



Selepas mandi adalah masa yang paling sesuai untuk membersihkan bulu kerana kulit dan rambut berada dalam keadaan yang lebih lembut. Kulit juga tidak mudah luka atau mendapat iritasi dan sebaik-baiknya mandi menggunakan air panas kerana liang roma mudah terbuka.

Tetapi dengan Gillette Venus ComfortGlide White Tea anda tidak perlu risau kerana ia sudah disertakan bar pelembab yang akan membantu melicinkan ‘kerja’ bercukur anda ketika kulit sedang basah. Percayalah, kulit akan berasa selesa tanpa iritasi.


3. Gunakan Kondisioner



Kondisioner membuat rambut di kawasan yang hendak dibersihkan lebih lembut. Gunakan sabun mandi selama 20 saat untuk mencegah iritasi kulit dan bilas dengan air. Kemudian gunakan kondisioner untuk memudahkan dalam proses bercukur.

4. Perhatikan Arah Mencukur



Salah arah mencukur menjadikan pertumbuhan rambut kasar. Untuk hasil pertumbuhan rambut yang lebih halus cubalah bercukur berlawanan arah dengan pertumbuhan rambut. Tetapi jika anda memiliki kulit sensitif bercukurlah mengikut arah pertumbuhan rambut.

Oleh itu, Gillette Venus ComfortGlide White Tea adalah pilihan yang paling sesuai kerana dilengkapi dengan bar gel yang direka khas mengikut setiap lekuk di tubuh anda!

“Alami kehalusan Venus. Dapatkan gaya terkini untuk kelancaran."

Kredit Gambar Utama: Carian Google