Hubungan cinta antara pelakon popular Korea, Hyun Bin dan Kang Sora selepas setahun bercinta.

Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusan Hyun Bin, VAST Entertainment dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

“Selepas mendapatkan kepastian daripada Hyun Bin, memang benar mereka berdua telah membawa haluan masing-masing.

“Disebabkan jadual kerja yang padat jadi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah.

Bagaimanapun menurut sumber, pasangan selebriti itu lebih selesa mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan sebagai sahabat.

“Tetapi walaupun sudah berpisah namun mereka memilih untuk kekal sebagai sahabat baik dan terus menyokong kerjaya antara satu sama lain,” kata wakil tersebut.

Hyun Bin dan Kang Sora telah menjalinkan hubungan cinta sejak Disember tahun lalu.

Sumber: Soompi / Allkpop