Pelakon Hairul Azreen mendedahkan yang dia pernah melakukan kerja buruh kasar dengan mengecat jalan raya suatu ketika dulu.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Hairul memberitahu ia merupakan pekerjaannya pada tahun 2006.

Hairul yang turut berkongsi fotonya ketika melakukan kerja itu akui malu gambarnya diambil.

Dengan nada gurau Hairul berkata jika boleh dia tidak mahu mengambil gambar ketika mengecat jalan kerana bimbang kekasih yang ada nanti lari.

Sementara itu, Hairul turut berpesan supaya berbuat baik dan menghargai dengan semua orang, tak kira siapa pun mereka.

Tambah Hairul lagi, ijazah terbaik adalah datang dari pengalaman hidup.

Rata-rata pengikut IGnya kagum dengan Hairul yang sentiasa mahu memajukan diri biarpun sanggup bersusah-susah dahulu.

Akhirnya jumpa juga gambar salah satu kerja yg pernah saya buat iaitu kerja cat jalan 2006 ? Saya punyalah malu tak nak amik gambar time tu ,takut gf tahu dia lari? ,lepas tu menyesal napa la tak amik gambar utk kenangan, maklom la hp nokia 3310 zaman tu , ini pun boss highway kesas saya yg amikkan abg Imran Ihsan 11 tahun dah #TheBestNeverRest , , Sentiasa respect / buat baik dgn siapa pun korg jumpa & kenal , hargai mereka, , , Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, Dari pengalaman bercakap dan bersalaman.

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on