Pelakon filem Dubai My Love, Putri Najuwa belum merancang destinasi untuk berbulan madu kerana kesibukan suaminya.

Mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Samsuri, 34, pada 22 September lalu, pemilik nama penuh Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 32, ini berada dalam fasa menyesuaikan diri.

“Kini saya berada fasa menyesuaikan diri. Saya baru sahaja selesai berpindah ke kediaman suami. Alhamdulillah, perjalanan sebagai isteri dipermudahkan dan semuanya semakin selesa.

“Namun begitu, saya dan suami masih belum merancang destinasi bulan madu. Selepas berkahwin, suami sibuk membangunkan aplikasi telefon pintar Cover. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, kami akan berbulan madu awal tahun hadapan,” kata Najuwa ketika ditemui di majlis pelancaran aplikasi Cover di Aloft Kuala Lumpur pada Selasa.

Bangga dengan kejayaan suaminya, Najuwa mengakui Zaid merupakan seorang lelaki yang suka berusaha keras.

“Sebagai seorang pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Cover, suami saya memang sibuk dan menumpukan sepenuh fokus terhadap aplikasi itu.

“Ahamdulillah, akhirnya impian Zaid tercapai dengan pelancaran ini. Saya begitu bangga dengan Zaid atas usaha yang ditunjukkan. Dia sememangnya bersifat komited dan mahukan yang terbaik untuk memperoleh kejayaan di masa akan datang,” katanya lagi.

Cover merupakan sebuah aplikasi inovatif berasakan penetapan pelan untuk memperbaiki telefon pintar.

Untuk makluman lanjut, layari www.cover4u.com.my atau lakukan carian dengan kata kunci cover4uMy di laman Facebook dan Instagram.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Najuwa

COVER covers these! ☝?☝?☝? Download now via Apple Store or Google Playstore. Follow us on IG @cover4umy and FB for latest news! #cover4umy #getitfixed #downloadnow #linkinbio

A post shared by Tengku Putri Najuwa (@putrinajuwa) on