Penyanyi Lan enggan meraih simpati ketika pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4) sedang berlangsung.

Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, berkata, dia seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan penyakit buasir yang sedang dihadapinya.

“Kalau boleh, saya mahu menyembunyikan penyakit saya. Saya enggan ada yang berkata saya cuba meraih simpati.

“Sebolehnya atas pentas, saya tak mahu langsung bertongkat di atas pentas. Tapi pihak produksi serta beberapa pihak lain menasihati saya agar memakai tongkat supaya dapat menjimatkan tenaga serta tidak memberikan tekanan yang lebih kuat terhadap badan saya,” katanya.

Tambah Lan, dia sudah bertawakal sekiranya disingkirkan pada minggu suku akhir.

“Saya memang tak berlatih langsung. Dalam hati saya, jika saya tersingkir, saya sudah bertawakal. Kalau tiada rezeki untuk saya, tak mengapa.

“Saya sudah berusaha sehabis baik dan hanya sempat berlatih dengan betul pada hari Ahad. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk saya bertahan ke minggu seterusnya,” katanya lagi.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Lan