Artis K-pop terkenal, Super Junior dan Taeyeon bakal hadir ke Malaysia untuk bertemu peminat sempena Festival Muzik K-Wave 2 yang bakal berlangsung pada Januari depan.

Menariknya, ini merupakan kemunculan pertama Super Junior selepas empat tahun berehat daripada dunia seni.

Selain Super Junior dan juga Taeyeon yang merupakan vokalis kumpulan Girls Generation, lima kumpulan K-Pop lain juga bakal hadir untuk memeriahkan festival tersebut.

Kumpulan yang dimaksudkan adalah MAMAMOO, NU'EST W, A.C.E, TAHITI dan HALO.

Dianjurkan oleh MAcpiePro dan Mcalls, acara yang kali kedua diadakan pada 13 Januri depan, jam 8 malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

K-Wave 2 akan dibahagikan kepada dua bahagian. Sesi pertama lebih kepada aktiviti dan permainan akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7 malam.

Manakala sesi kedua bermula pada jam 8 malam adalah untuk konsert..

K-Wave 2 merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan Festival Muzik K-Wave Ogos lalu.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM34 hingga RM498.

Untuk pembelian sila layari laman Facebook MACpiePro.