Sering Dikejar Peminat Fanatik, Kendall Jenner Mahu Beli Pistol

5 Disember 2017. 5.27 PM
4,037
Hiburan
Sering Dikejar Peminat Fanatik, Kendall Jenner Mahu Beli Pistol
Demi menjaga keselamatan daripada dikejar peminat fanatik, personaliti TV dan model, Kendall Jenner akui merancang untuk membeli pistol.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati dirinya sering dikejar peminat fanatik yang sentiasa mengikuti pergerakannya sehingga ke tahap berani memecah masuk ke kediamannya.

Dalam program Keeping Up With the Kardashians baru-baru ini Kendall, 20, memberitahu hasratnya itu kepada kakaknya, Khloe Kardashian.

“Dalam seminggu, pasti ada sekali atau dua rumah saya didatangi peminat fanatik.

“Saya sendiri berasa tidak selesa dengan keadaan ini,” katanya.

Mendengar luahan adiknya itu, Khloe Kardashian seperti bersetuju kerana dia juga sudah mula merasa keluarganya kini menjadi target musuh.

Bagaimanapun, Kim Kardashian tidak bersetuju dengan rancangan Jenner mahu memiliki pistol demi menjaga diri.

Walaupun tidak dipersetujui namun Khloe dan Kendall seperti nekad akan membeli senjata tesebut agar mereka boleh berasa tenang terutama ketika di waktu malam.

“Saya tahu Kim melarang kami memiliki pistol. 

“Tapi untuk Kendall dan saya, pistol dapat membuatkan kami tidur nyenyak di malam hari," kata Khloe Kardashian.

Sumber: People.com


Artikel Berkaitan