Vokalis kumpulan Jinbara, Tia mendedahkan ahli kumpulan Jinbara yang lain tiada halangan untuk dirinya menyertai Gegar Vaganza 4 (GV4).

Di konsert suku akhir GV4, ahli kumpulan yang lain iaitu Cepot, Akim, Ahtan dan Lan hadir memberikan semangat kepada Tia yang menyampaikan lagu Bayang, nyanyian asal Khai Bahar.

“Mereka tiada masalah apabila saya menyatakan hasrat mahu menyertai GV4. Saya telah berbincang dengan mereka dan tiada halangan. Bahkan mereka turut hadir untuk menyokong saya.

“Hubungan kami sangat profesional. Semua ada komitmen tersendiri dan kami akan sentiasa berhubung jika ada sebarang kerja atau tawaran,” kata Tia yang ditemui usai konsert suku akhir.

Tiada masalah untuk Tia tampil solo, vokalis berusia 47 tahun ini juga mempunyai perancangan tersendiri untuk kumpulannya selepas tamatnya GV4 nanti.

“Saya tak mungkin akan melupakan mereka kerana dalam GV4 pun, saya membawa nama Jinbara. Selepas tamatnya GV4, saya percaya yang rezeki itu luas. Nama saya dan kumpulan Jinbara akan kembali meniti di bibir peminat.

“Saya sudah mempunyai idea atau perancangan untuk diri sendiri serta kumpulan Jinbara. Insya-Allah, rezeki itu akan dikongsi bersama,” katanya lagi.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Tia

Assalamualaikum semua...alhamdulillah selesai sudah persembahan saya malam ini...saya telah mencuba yg terbaik dan hanya Allah penentu segala...malam ini juga kejutan yg sgt besar atas kehadiran anggota2 #Jinbara malam ini...sy sungguh terharu atas kehadiran mereka semua...terima kasih byk2 cepot, akim, ahtan dan lan... #gegarvaganza2017 #gegarvaganza #BintangKembaliMenyengat #KasiUp1Kali #TeamTia #TeamTiaJinbara #TeamKlang #RockSteady #Jinbara #datoserivida #pamoga #digi #raku...anda juga boleh layari www.gegarvaganza.com.my utk mengikuti perkembangan lanjut peserta2 dlm #gegarvaganza2017 @gegarvaganzaofficial @astrogempak @sinarfm @officialhlive @meletop @rakudotmy @suzzahmad75 @ervanazmi @ctsaloon_puchong @ejaacol @sarahcdans @sexylicious_3003 @chikathedivas @thefaizalramlan @anne_kepoh @zailiesyahzailie @khaibahar94 @ahtan_jinbara @axllan @jin_akin

A post shared by Official Tia Jinbara GV4 (@tia.jinbara) on