Bukan sahaja petah berbahasa Inggeris, anak kepada penyanyi Tomok, Arrian Syah Akid, 5, kini menunjukkan kebolehan intelektualnya dengan membaca dalam Bahasa Mandarin.

Aksi Arrian yang yakin dan fokus membaca beberapa perkataan dalam Bahasa Mandarin tersebut dikongsi isteri Tomok, Ayu Abas di Instagram (IG) nya, baru-baru ini.



Menurut Ayu, meskipun Arrian tidak pernah membuat ulang kaji di rumah dan sering tidak hadir ke sekolah, namun anaknya masih boleh mengikuti pelajarannya dengan optimistik.


"Alhamdulilah, walaupun tak pernah buat ulang kaji di rumah dan baru-baru ini terpaksa ponteng kelas tapi Arrian masih boleh mengikuti pelajarannya dengan baik.

"Saya hanya mahu dia jadi bijak dalam masa sama dia harus menikmati usia kanak-kanaknya," katanya.

Selain Arrian, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Andrashah Iman, 2.

Baru baru ini, kedua-dua anak Tomok telah menjayakan program khas Astro iaitu Rockstar Junior: Arrian & Andra.



Menerusi program tersebut, Arrian dilihat sangat peka dengan persekitarannya serta bijak bersosial apabila bersama rakan-rakannya.



Sementara itu, Ayu mendedahkan stimulasi dan nutrisi yang betul penting dalam menyokong perkembangan emosi dan minda anak-anaknya.

Dia memilih Enfagrow A+ kerana kandungan DHAnya yang tinggi dan adanya MFGM Complex
MFGM (Membran Globul Lemak Susu) merupakan sumber semulajadi untuk fosfolipid, sfingomielin dan protein, dimana fosfolipid dan sfingomielin banyak ditemui di dalam otak.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu dia bersyukur melihat perkembangan minda dan emosi anaknya di sekolah.

Ibu-ibu sekalian, dapatkan sampel percuma Enfagrow A+ sekarang dengan melayari https://www.enfagrow.com.my/get-your-free-sample-now-my