Tinggal lagi beberapa jam sebelum konsert suku akhir GegarVaganza 4 (GV 4) berlangsung.

Dengan tema ‘Jangan Kata Tak Tahu’, 8 bintang yang akan membuat persembahan adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Syura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Konsert suku akhir ini bakal menyaksikan lontaran vokal hebat bintang-bintang GV 4 menyanyikan lagu-lagu popular tahun 90-an sehingga kini.

Dalam pada itu, menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi minggu lalu, hos GV 4, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan penyingkiran Elyana selepas berada di kedudukan terakhir.

Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu ini:

1. Aishah - Tergantung Sepi

2. Hazami - Jampi

3. Firman Siagian - Terakhir

4. Liza Hanim - Warkah Untukmu

5. Lan Kristal - Pahit akan Manisnya Akhirnya

6. Syura - Kau Tetap Dalam Anganku

7. Aqasha - That’s Why You Go Away

8. Tia Jinbara - Bayang



GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Mya Amri