Sempena sambutan ulang tahun ke-20 Astro, para pelanggan Astro bakal menikmati akses percuma saluran Astro Fiesta (996 dan 988 HD) bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember depan.

Pelanggan menerusi kotak sambungan internet juga boleh menonton OD Fiesta secara percuma serta dapat menonton Astro Awani, Astro Arena, Go Shop 1, Go Shop 2, dan saluran eGG selain beberapa kandungan On Demand terpilih secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan, berkata, saluran itu bakal menyajikan pelbagai konsert tempatan dan antarabangsa secara eksklusif bagi menghargai jasa dan sokongan pelanggan terhadap Astro sepanjang 20 tahun.

"Saluran percuma sehingga hujung tahun ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada pelanggan yang terus setia dan menyokong Astro sehingga hari ini.

"Kami di Astro ini akan terus komited kepada pelanggan dengan memperkukuhkan lagi perkhidmatan agar kami terus menyajikan program yang hebat dan terus kekal menjadi jenama bernilai.

"Ini sebagai tanda kami untuk menghargai jasa dan sokongan pelanggan terhadap Astro sepanjang 20 tahun," katanya.

Astro Fiesta akan membawakan konsert antarabangsa dan tempatan seperti Katy Perry, Konsert Mega Gegar Vaganza, Mayday Nowhere Concert, International Superstar 2015, 5 secounds of Summer, Billboard's Women in Music dan MTV World Stage specials.

Dalam pada itu, Rohana berkata, Astro optimis dalam menempuh cabaran dan daya saing menerusi perubahan landskap penyiaran yang semakin bergerak maju.

Katanya, Astro kekal fokus untuk meluaskan capaian pelanggan menerusi pendekatan dua hala iaitu model bayar dan perniagaan percuma dalam meningkat capaian pelanggan sehingga 90 peratus dalam tempoh lima tahun.

Rohana memberitahu pelanggan dengan sambungan internet juga boleh menikmati OD Fiesta iaitu saluran khas menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia secara percuma.

"Menerusi OD Fiesta mereka hanya perlu sambungan Personal Video Recorder (PVR) kepada wi-fi rumah untuk menonton.

"Pelbagai program menarik disediakan termasuk siri TV Scarlet Heart, The Hiddens, Brother's Keeper, My Sister, The Walking Dead, Outcast, Suri Hati Mr. Pilot, semua filem A-List, 150 pilihan filem Tamil, Celestial dan Citra," jelasnyanya.

Selain itu, semua pelanggan Astro boleh mengambil bahagian untuk memenangi salah satu daripada 20 pengalaman eksklusif 'Sekali Seumur Hidup' dengan melayari www.astro.com.my/celebrating-you untuk maklumat lanjut dan senarai penuh hadiah-hadiah eksklusif