Isteri kepada Fad Bocey, Syahirah Rahman akui bersyukur kerana susu badannya sentiasa ada dan cukup untuk anak-anaknya termasuk bayi perempuan yang baru dilahirkan pada 19 November lalu.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Syahirah berkongsi petua untuk menambah susu badan berdasarkan pengalamannya sejak melahirkan anak kembar pertama.

Pesan Syahirah, ibu-ibu di luar sana jangan berputus asa jika susu badan sedikit kerana ia perlu cara dan usaha yang betul.

Syahirah mendedahkan petua yang diamalkan sejak melahirkan anak kembarnya adalah makan longan kering dan kurma yang dibeli dari kedai menjual herba dan ubat-ubatan cina.

Kedua-dua bahan itu hendaklah direbus dan diminum airnya dan makan sekali bersama buahnya.

Klu tny bnda apa pling membanggakan ,ni lah jawapannya .kegigihan telan segala jenis sayur yg dpt tmbah susu badan .yg penting massage .kdang2 susu ada cuma tersumbat jdinya bila pam pun akan dpt skit ja .tpi bila dh tk trsumbat haa sekali pam dapat penuh satu botol tu .my milk booster dri masa BF twins lagi masih jgk longan kering dgn kurma yg boleh dptkn dri kedia cina tu .rebus dua tu . klu tekak kita ni sejenis nak ltak bwg putih skit dgn bwg merah .rebus semua tu hirup la sup skali telan longan dgn kurma tu .it helps me a lot .thank you dayah help me a lot today @umairah_mobile_spa .hot stone mmg the best .thanks jgk utk EO yg dayah bgi tu .kami adalah sejenis addicted EO .klu boleh tkmau dh ubat2 .nak keep with eo ja ?

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on


Anak kembar pasangan ini, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan kini sudah berusia dua tahun.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram Syaheera Rahman