Anggota kumpulan K-Pop popular Girls' Generation, Taeyeon dikejarkan ke hospital akibat kemalangan.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8 malam tadi bertempat di area Kangnam, Korea Selatan.

Menurut saksi, selain Taeyeon, kemalangan itu juga turut membabitkan dua buah kereta lain iaitu teksi dan kereta jenama mewah, Audi.

Taeyeon kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan sebuah ambulans kira-kira jam 8.10 malam.

Dalam pada itu, agensinya, SM Entertainment turut memberikan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

“Memang benar dia terlibat dalam kemalangan atas kecuaiannya ketika memandu. PAda ketika itu, Taeyeon sedang dalam perjalanan ke Nonhyun-dong atas urusan kerja.

“Dia kini berasa bersalah terhadap pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan berjanji akan menyelesaikan urusan kemalangan itu dengan cara terbaik.

“Bagaimanapun, Taeyeon kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital dan pulang ke rumahnya.

“Kami memohon maaf atas insiden yang berlaku sehingga mencetuskan kebimbangan semua pihak,” ujar wakil agensinya.

Sumber: Allkpop