Pelakon Nia Ramadhani mengakui tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai seorang selebriti.

Menurut laporan Kapan Lagi, Nia memberitahu, bergelar seorang selebriti bukan sesuatu yang mudah dan dia tidak mahu apa yang dialami berlaku pada anaknya.

"Biarlah saya sorang sahaja yang berasa bergelar seorang selebriti kerana ia bukan sesuatu yang mudah.

"Banyak perkara yang harus dikorbankan jika bergelar selebriti dan saya harap mereka akan mengerti.

"Saya mahu mereka fokus kepada pelajaran dan mengejar pendapatan yang tetap.

"Bagi saya pelajaran itu adalah penting dan utama serta setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka," katanya.

Nia kini memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Mainaka Zanatti Bakrie, 2, dan Magika Zalardi Bakrie yang kini berusia enam bulan.

Sumber: Kapan Lagi