Demi-Leigh Nel-Peters dari negara Afrika Selatan telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2017.

Demi-Leigh, 22, telah menumpaskan 91 calon peserta lain yang bertanding dari seluruh dunia sekali gus menjadikan dia sebagai juara pertandingan Miss Universe kali ke-66.

Dalam pertandingan yang berlangsung di The Axis, Planet Hollywood, Las Vegas, Amerika Syarikat sebentar tadi, Demi-Leigh telah memukau juri dengan kecantikan, kebijaksanaan dan karisma yang ada padanya.

Detik bersejarah itu juga menyaksikan Miss Universe 2016, Iris Mittenaere dari Perancis menyerahkan mahkota berprestij itu kepada Demi-Leigh.

Bagaimanapun, Miss Columbia, Laura Gonzales dan Miss Jamaica, Davina Bennett terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sekadar berada di tempat kedua dan ketiga.

Kemenangan Demi-Leigh telah menamatkan kemarau empat dekad negara itu selepas kali terakhir memenangi pertandingan ratu cantik terkemuka dunia itu pada tahun 1978.

Kami kongsikan foto-foto menarik Demi-Leigh Nel-Peters sepanjang pertandingan Miss Universe 2017.












Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: E!Online