Astro meraih tiga trofi di Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (AKIFMA 2017) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan di Hotel Park Royal, malam semalam.

Ketua Editor Hlive dan Thinker Studios, Syazwan Zakariah meraih dua trofi Anugerah Khas Juri 1 dan Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen) di AKIFMA 2017 semalam.

"Alhamdulilah, terus terang saya tidak menyangka dengan penganugerahan ini.

"Bagaimanapun saya bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan baru dan lama yang sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada kerjaya saya selama ini," kata Syazwan.

Sementara, Elrafai Sapi daripada Rojak Daily telah meraih satu anugerah menerusi Kewartawanan Filem Terbaik (Media Baharu).

Selain tiga anugerah tersebut, AKIFMA 2017 telah meraikan wartawan hiburan dengan 9 anugerah yang lain.

AKIFMA 2017 diadakan sebagai penghargaan daripada FINAS dia atas usaha-usaha pihak media dan wartawan bagi membangunkan industri filem melalui penulisan kreatif dan kritis menggunakan media cetak, elektronik dan baru.

Turut hadir pada malam berprestij ini adalah tetamu kehormat Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Aishah binti Sultan Ahmad Shah, Pengerusi Finas, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayon dan Pengerusi WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Berikut merupakan senarai lengkap 12 pemenang AKIFMA2017:

1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik
-Raja Nurfatimah Mawar Mohammed (Berita Harian)

2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda
-Angeline Yeoh (The Star)

3. Anugerah Khas Juri 1
-Syazwan Zakariah (Astro)

4. Anugerah Khas Juri 2
-Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!)

5. Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem
-Shazryn Mohd Faizal (Mstar)

6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik
-Adam Salleh (Harian Metro)

7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik *Media Baharu
-Elrafai Sapi (Astro)

8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik *Televisyen
-Syazwan Zakariah (Astro)

9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik *Media Cetak
-Mumtaz Bigun (Malay Mail)

10. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1
-Abdul Aziz Ittar (Utusan Melayu)

11. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2
-Rozdan Mazlan (Berita Harian)

12. Anugerah Tokoh Wartawan
-Fauziah Abdul Rauf