Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine dan penyanyi country Blake Shelton dikhabarkan bakal meninggalkan tugas mereka sebagai juri dalam rancangan realiti The Voice.

Adam dan Blake telah berkhidmat sebagai juri dalam program itu selama 13 musim berturut-turut.

Menjelang musim ke-14 program The Voice yang bakal bermula pada awal tahun hadapan, khabar angin mereka bakal menamatkan tugas sebagai juri itu mula menjadi buah mulut ramai pihak.

Namun begitu, terdapat juga satu sumber yang mengatakan mereka akan menyambung tugas di musim terbaru program realiti The Voice.

"Selain mendapat bayaran yang lumayan, Adam dan Blake mendapat populariti meluas dari rancangan itu.

"Mereka suka rancangan itu, cuma kadangkala mereka penat kerana menjalani rakaman hampir setiap hari dalam masa yang agak lama." kata sumber.

Selain Adam dan Blake, Ceelo Green, Christina Aguilera, Shakira, Usher, Alicia Keys, Miley Cyrus dan Pharrell Williams turut pernah duduk di kerusi juri The Voice.

Sumber: Hollywood Life
Foto: Celebrity Insider