Isteri kepada pelakon popular Indonesia, Irwansyah, Zaskia Sungkar dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan.

Perkhabaran itu didedahkan sendiri oleh Irwansyah menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini.

Irwansyah juga turut berkongsi foto yang meramkan isterinya sedang terlantar di katil hospital sambil tersenyum sebelum masuk ke bilik pembedahan.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Irwansyah meminta peminat mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.

“Teman-teman doakan @zaskiasungkar15 yaaa. Semoga operasinya lancar, Bismillah,” tulisnya ringkas.

Temen2 doain @zaskiasungkar15 yaaa semoga operasinya lancar, bismillah

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15) on


Bagaimanapun, Irfansyah tidak mendedahkan informasi mengenai pembedahan itu.

Dalam pada itu, peminatnya juga menyatakan rasa terkejut sebaik sahaja mengetahui tentang berita berkenaan.

Mereka juga mendoakan segala urusan pembedahan dipermudahkan dan kembali sihat.

“Amin semoga oprasi lancar dan selalu diberi kesehatan amin amin amin ya robal alamin semangat kak kia @saskiasungkar15 & @irwansyah_15,” - @rianaherlino

“Kak @zaskiasungkar sakit apa mudah-mudahan oprasinya lancar ya Amin,” -@sin4r_b4w3l

"Amin, tapi apa sakitnya? Operasi apa? Harusnya jelas agar yang mendoakan bisa lebih khusyu' bukan sekadar Amin saja tapi apa pun itu semoga lancar dan baik-baik saja,” - @sylfia_irianti

Foto: Instagram @irwansyah_15