Pelakon Train To Busan, Ma Dong Seok ditawar berlakon watak superhero untuk filem Hollywood terbitan Marvel Studios.

Menurut sumber, Ma Dong Seok telah pun menghadiri pertemuan bersama pihak Marvel untuk membincangkan mengenai tawaran tersebut.

“Memang kami ada menerima panggilan dari pihak produksi di sana berkenaan dengan tawaran berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun pelakon itu terpaksa menolak tawaran keemasan itu kerana jadual kerja yang terlalu padat.

“Kami berharap ada lagi peluang seperti itu untuk masa akan datang,” ujar sumber berkenaan.

Ma Dong Seok telah melakonkan watak sebagai Sang Hwa menerusi filem popular, Train To Busan.

Sumber: Allkpop