Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah Abdul Rahman berkongsi pengalaman bersalin anak perempuan yang selamat dilahirkan pada 19 November lalu.

Syahirah menceritakan pengalaman tersebut menerusi akaun Instagramnya @syaheeraarahman beberapa hari lalu.

Bukan hanya sekadar kapyen, Syahirah juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan Fad bersama anak perempuannya sejurus bayi comel itu dilahirkan.

Alhamdulillah ,terima kasih wahai insan yg bernama suami sebab ada dari awal perjalanan melahirkan puteri kita .dari 2cm hinggalah ke 10cm yg ambk masa agak lama tapi ya Allah nikmat kesakitan tu yg paling tak boleh nak lupa .hargailah insan yg bernama 'wanita' yg dgn rela hatinya sanggup melahirkan zuriat kita sebab kesakitan yg dia tanggung tak dapat nk digambarkan mcm mna .terima kasih jgk dr norleen yg dari awal support apa yg sy mintak .terima kasih utk kali kedua menyambut baby ktorang ?? dan utk semua nurse yg setiap kali tukar shift mesti dtg bgi support .Semoga Allah balas jasa kalian semua .terima kasih sekali lgi atas ucapan tahniah dan yg mendoakan sy dan baby .Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan utk sy bersalin secara normal ❤️ baby pun dalam keadaan baik ☺️

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on


“Terima kasih wahai insan yang bernama suami sebab ada dari awal perjalanan melahirkan puteri kita.

“Dari 2 cm hinggalah ke 10 cm yang mengambil masa agak lama.

“Tapi Ya Allah nikmat kesakitan itu yang tak paling tak boleh nak lupa,”
tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen video tersebut rata-ratanya memberikan ucapan doa dan selamat berpantang.

Fad dah Syahirah sebelum ini dikurniakan anak lelaki kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.

Foto: Instagram @syaheeraarahman

Teks oleh: Mya Amri