Haaa...cuti sekolah pun dah nak mula, rasa-rasanya mesti ramai yang dah fikirkan apa aktiviti nak buat sepanjang cuti ini nanti.

Dalam ramai-ramai yang memikirkan tentang aktiviti sepanjang cuti sekolah, mesti ada yang sibuk fikir tentang seragam sekolah baru!

Sama macam Jibam Oh My English yang selalu membuat pilihan terbaik untuk memastikan dirinya sentiasa kelihatan segak dan kacak.

Bukan Jibam sahaja, kawan-kawan yang lain seperti Zack, See Mi Nau dan Cikgu Zack juga berbelanja dengan bijak di Tesco.

Tak percaya? Anda boleh bertemu dengan keempat-empat bintang Oh My English ini di 18 Stor Tesco bersempena kempen Bijak Segak Kembali Ke Sekolah @ Tesco bermula 24 November sehingga 24 Disember ini.

Jelajah bakal bermula di Stor Tesco terpilih di negeri Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan, istimewa buat adik-adik semua yang berkunjung ke Tesco sepanjang kempen berlangsung.

Jadi, tunggu apa lagi...Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja dengan bijak di Tesco!

Ingat...“Belanja Bijak, Nampak Segak dengan Tesco”.