Penyanyi Beyonce dilaporkan sebagai pemuzik wanita yang menerima bayaran tertinggi bagi tahun 2017.

Menurut senarai yang dikeluarkan Forbes pada Isnin lalu, Beyonce meraih pendapatan berjumlah $105 juta (RM463 juta) sejak 1 Jun 2016 hingga 1 Jun tahun ini.

Isteri kepada rapper, Jay Z itu difahamkan meraih keuntungan yang tinggi hasil daripada konsertnya, Formation World Tour yang berlangsung sejak April hingga Oktober tahun lalu.

Sementara Adele mengambil tempat kedua dengan meraih pendapat sebanyak $69 juta (RM276 juta).

Manakala Taylor Swift yang sebelum ini tersenarai sebagai penyanyi muda terkaya pula jatuh tempat ketiga dengan $44 juta (RM176 juta).

Berikut merupakan senarai penuh 10 penyanyi wanita dengan bayaran tertinggi pada tahun 2017:

1. Beyonce – £79 million
2. Adele – £52 million
3. Taylor Swift – £33 million
4. Celine Dion – £31 million
5. Jennifer Lopez – £28 million
6. Dolly Parton – £27.9 milliom
7. Rihanna – £27 million
8. Britney Spears – £25 million
9. Katy Perry – £24 million
10. Barbra Streisand – £22 million
Sumber: The Forbes